Perkhidmatan kerajaan negeri dan persekutuan Ahmad Sarji Abdul Hamid

  1. 10 Januari 1961 Pegawai Pentadbir di dalam Perkhidmatan Tadbir Melayu (Malay Administrative Service), dengan memegang jawatan Timbalan Penolong Pegawai Daerah, Klang, Selangor.
  2. 1 Jun 1961 Penolong Pegawai Daerah, Seremban
  3. Penolong Pegawai Daerah, Mantin. Kerajaan Negeri Sembilan telah juga melantik beliau sebagai Pendaftar Hak Milik (Registrar of Titles, Negeri Sembilan).
  4. 1 Disember, 1963 Pegawai Daerah, Rembau.
  5. 1 Oktober, 1964 Pegawai Daerah, Port Dickson. Beliau turut dilantik sebagai Pengerusi, Lembaga Bandaran bagi kedua-dua daerah itu, dan bertanggung-jawab di atas pentadbiran daerah, pengurusan tanah dan juga keselamatan daerah oleh kerana pada masa itu negara menghadapi konfrantasi Kerajaan Indonesia.
  6. 18 Jun 1965 Setiausaha kepada Suruhanjaya Menyiasat.... ‘into any incidents of maladministration of and malpractices in the Seremban Town Council since 1st. January, 1959’.
  7. Penolong Setiausaha (Pencen) di Pejabat Perjawatan Persekutuan (Federal Establishment Office);
  8. Penolong Pengarah (Perkhidmatan) di Jabatan Perkhidmatan Awam;
  9. Setiausaha Bahagian Kabinet dan Perlembagaan semasa Tun Abdul Razak menjadi Perdana Menteri.
  10. 1973 Ketua Pengarah yang pertama bagi Lembaga Pertubuhan Peladang.Beliau dilantik oleh Perdana Menteri (Tun Abdul Razak bin Hussein).
  11. 1979-1981 Timbalan Ketua Pengarah (Sektoral), Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri.
  12. 1 Mei 1981 Timbalan Pengerusi dan Ketua Pengarah Majlis Amanah Rakyat (MARA)
  13. 1 November 1981 Timbalan Ketua Pengarah (I) Jabatan Perkhidmatan Awam, Malaysia,
  14. 15 Ogos 1985 Ketua Setiausaha, Kementerian Perdagangan dan Perindustrian, dan juga memegang jawatan Pengerusi, Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA)
  15. 1 Februari 1990-1996 Ketua Setiausaha Negara